Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Kuantan
Berita dan Makluman Terkini
Mini Konvensyen KIK Peringkat SUK Pahang 2010

Kumpulan Semarak dari PDT Kuantan memenangi tempat ketiga Mini Konvensyen KIK Peringkat SUK Pahang 2010
Pada 21 dan 22 Jun 2010 yang lalu, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang telah mengadakan satu Mini Kovensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang di dewan JAIP, Kuantan. Dua kumpulan dari Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan telah menyertai Mini Konvensyen tersebut. TAHNIAH !! diucapkan kepada pasukan SEMARAK yang telah mendapat tempat ketiga dalam konvensyen tersebut dan syabas kepada Pasukan Lantera diatas semangat yang ditunjukkan dalam persembahan mereka. Pasukan dari Bahagian IT Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang telah menjuarai pertandingan tersebut manakala tempat kedua di menangi oleh Kumpulan Exora dari Pejabat Daerah dan Tanah Raub. Sebanyak 15 pasukan telah mengambil bahagian dalam Mini Konvesyen tersebut.
MAKLUMAN
BAYARAN CUKAI TANAH
Pembayaran cukai tanah juga boleh dibuat secara on-line bagi pengguna yang mempunyai Perbankan Intenet daripada bank-bank seperti dibawah dengan menggunakan pembayaran secara FPX . Klik disini untuk pembayaran.

AWASI GELOMBANG KEDUA INFLUENZA A (H1N1)
Dapatkan panduan / maklumat berkaitan H1N1
Last Updated ( Wednesday, 01 September 2010 08:42 )



