Tuesday the 24th
  • Description slide 1

29 SEPTEMBER 2017, KUANTAN - Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama SPRM di peringkat ketua-ketua jabatan telah dilaksanakan pada hari ini sebagai sebagai langkah ke arah pentadbiran kerajaan yang lebih telus dan berintegriti. 

Usaha IBR yang diketuai oleh Pegawai Daerah Kuantan memberikan impak yang besar kepada seluruh warga kerja di bawah seliaan ketua-ketua jabatan di daerah Kuantan ini dan dilihat menjadi pemangkin kepada pentadbiran kerajaan yang lebih telus dan berintegriti.

Pegawai Daerah Kuantan, YH. Dato' Zaliza Zulkipli menandatangani IBR sambil disaksikan oleh Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM,
Tuan Jamaluddin bin Puteh

 

Keterbukaan dan sifat kebertanggungjawaban yang dipamerkan oleh ketua jabatan dalam menandatangani IBR ini telah membuktikan usaha membanteras rasuah bukan tanggungjawab eksklusif SPRM semata-mata sebaliknya merupakan amanah dan tugas yang perlu dikongsi seluruh anggota masyarakat.

Syabas diucapkan kepada Pegawai Daerah Kuantan atas kesanggupan merealisasikan komitmen bagi mempamerkan kesungguhan kendiri jabatan di daerah Kuantan untuk memerangi jenayah rasuah dengan melafaz ikrar dan menandatangani IBR bersama SPRM. Ketua-ketua jabatan telah diwakili oleh Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran Pahang (JPS), Tuan Che Mahmud Che Mat  bagi menandatangani IBR disaksikan oleh Tuan Jamaluddin.

 

Hakcipta Terpelihara © 2017 Pejabat Daerah Dan Tanah Kuantan. 

Tarikh akhir dikemaskini: 03 Oktober 2017

 

Laman Web ini sesuai dilayari oleh pada pelayar web Google Chrome 9 & Firefox 3.0 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1152 x 864 dan ke atas. 

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi

Penafian : Pejabat Daerah Dan Tanah Kuantan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini.