Thursday the 14th
  • Description slide 1

04 OKTOBER 2017, KUANTAN - Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Kerajaan Negeri Pahang telah mula digunakan pada 01 April 2017. Sehubungan dengan itu, Sistem Aduan Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang (SPADU) tidak lagi digunapakai.

SISPAA adalah merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan untuk memperbaiki perkhidmatan dan penyampaian dari masa ke semasa. Selaras dengan kepesatan kemajuan teknologi tanpa sempadan ini telah memberi banak kemudahan kepada orang ramai untuk berinterkasi dan menyalurkan sebarang maklumat kepada pihak yang berkenaan.

SISPAA telah dapat mempercepatkan dan memudahkan proses penyampaian aduan dan maklum balas daripada orang ramai kepada Agensi Kerajaan kerana ianya boleh dicapai oleh Pengguna pada bila-bila masa sekiranya capaian internet dapat diakses.

Taklimat penggunaan SISPAA telah disampaikan sendiri oleh Pengarah Biro Pengaduan Awam Pahang, Puan Azniza bt Azmi

PDT Kuantan telah melaksanakan pendedahan kepada pegawai di jabatan dan telah mendapat sambutan yang baik di kalangan pegawai terlibat. Semoga penyampaian aduan serta tindakan susulan dapat diberi maklum balas segera bagi memastikan kepuasan pelanggan terjamin.

Antara pegawai dari PDT Kuantan yang terlibat dengan sesi taklimat SISPAA di Bilik Latihan Bahagian Teknologi Maklumat, Wisma Sri Pahang, KUANTAN

 

Hakcipta Terpelihara © 2017 Pejabat Daerah Dan Tanah Kuantan. 

Tarikh akhir dikemaskini: 03 Oktober 2017

 

Laman Web ini sesuai dilayari oleh pada pelayar web Google Chrome 9 & Firefox 3.0 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1152 x 864 dan ke atas. 

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi

Penafian : Pejabat Daerah Dan Tanah Kuantan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini.