Thursday the 14th
  • Description slide 1

15 November 2017, Dewan Blok C, SUK, KUANTAN - KUMPULAN iNOVATIF DAN KREATIF (KIK) merupakan salah satu mekanisme pengurusan yang berkesan untuk membina modal insan dalam Perkhidmatan Awam yang berketerampilan tinggi bagi merealisasikan aspirasi Kerajaan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan agensi-agensi Kerajaan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat. Di samping itu, KIK juga mempunyai prinsip asas yang mengiktiraf pekerja sebagai sumber paling bernilai dalam organisasi dan menyediakan forum kepada mereka untuk melibatkan diri dalam proses membuat keputusan dan seterusnya melaksanakan tindakan yang diputuskan secara berpasukan.

Tegasnya, KIK bertujuan untuk menggalakkan budaya inovatif dan kreatif serta memberi peluang kepada anggota Perkhidmatan Awam untuk menggilap kebolehan dan meningkatkan kompetensi diri. Secara tidak langsung KIK dilaksanakan untuk menambahbaik dan meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja khususnya dalam sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan. 

PEMBUDAYAAN DAN PEMERKASAAN INOVASI DALAM SEKTOR AWAM MELALUI HORIZON BAHARU KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF menjadi pemangkin penyemarakkan kreativiti dan inovasi dalam sektor awam seperti edaran Pekeliling bertarikh 30 Ogos 2016 dariapda MAMPU.

Pengurusan KIK yang cekap dan berkesan amat penting bagi memastikan kejayaan pelaksanaan KIK seterusnya menghasilkan impak positif kepada negara, sektor awam dan  rakyat. Kerajaan berhasrat agar panduan ini dapat membantu agensi memantapkan pengurusan KIK masing-masing selain memperkasakan budaya kerja secara inovatif dan kreatif dalam kalangan penjawat awam.

KUANTAN GO yang membawa projek PENAMBAHBAIKAN PENDAFTARAN PELEKAT LORI mewakili PDT Kuantan membariskan ahli kumpulan yang berusaha keras untuk memastikan projek ini mendapat tempat sebaris dengan PDT lain yang lebih berpengalaman dalam pentadbiran kerajaan Pahang.

KUANTAN GO bersama fasilitator, Puan Rosnani Ismail pada hari pertama Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang dan Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Pahang 2017

 

En Mohd Shahril sebagai Ketua Kumpulan KUANTAN GO sedang menjawab persoalan dari pihak juri

 

Hakcipta Terpelihara © 2017 Pejabat Daerah Dan Tanah Kuantan. 

Tarikh akhir dikemaskini: 03 Oktober 2017

 

Laman Web ini sesuai dilayari oleh pada pelayar web Google Chrome 9 & Firefox 3.0 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1152 x 864 dan ke atas. 

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi

Penafian : Pejabat Daerah Dan Tanah Kuantan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini.