Tuesday the 16th
  • Description slide 1

05 JANUARI 2018, KUANTAN - Kehadiran Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Perdana Menteri, Dato' Abd Rashid b Harun ke Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) di Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan membawa berita gembira kepada para petugas PKOB serta mangsa yang terlibat khususnya.  

Pegawai Daerah Kuantan mempengerusikan mesyuarat / perbincangan bersama Dato' Abd Rashid serta wakil agensi yang terlibat di PKOB

Bantuan keperluan mangsa banjir di Kuantan disegerakan rentetan peningkatan bilangan mangsa yang terlibat di sekitar daerah Kuantan. NADMA sebagai agensi yang mewakili Kerajaan Persekutuan bagi memastikan aspek pengurusan bencana di dalam Negara dapat ditangani dengan baik dan berkesan telah menawarkan pelbagai sumbangan dan perkhidmatan segera. Demi memastikan keperluan mangsa banjir dapat dipenuhi, kerjasama dari agensi lain sangat dialu-alukan. 

Mengambil maklum segala keperluan yang perlu disegerakan membuatkan agensi lain menarik nafas lega dan terus bersemangat untuk memberikan bantuan di mana diperlukan. Sumbangan bekalan bahan mentah/basah, selimut, toto, bantal, susu, tuala wanita, napkin, kain batik dan lain-lain keperluan turut akan diedarkan di Pusat Perbindahan (PP) yang ada. Agihan perlu disegerakan dengan mendapat kerjasama penggunaan pengangkutan dari pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Persatuan Bulan Sabit Merah. 

 

Ketua Penolong Pengarah 2, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Pahang, Puan Suryani bt Mohamad merasa sangat bersyukur dan berterima kasih kepada pihak NADMA kerana memberi bantuan segera pada saat ini memandangkan keperluan segera perlu diagihkan bgi membolehkan mangsa banjir merasa selesa di samping bersama-sama menjaga soal keselamatan dan kesejahteraan rakyat Pahang amnya. Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan, Puan Salihah binti Kamarudin turut melaporkan situasi sebenar di PP yang perlu segera dibantu atas kapasiti mangsa banjir yang baharu serta sedia ada.

Pegawai Daerah Kuantan seterusnya mengarahkan para pegawai yang ada untuk melantik kontraktor makanan bagi menyediakan bahan mentah untuk digunakan bagi penyediaan makanan kepada mangsa di PP. Mengambil kira teguran dan permintaan Tengku Puan Pahang yang turut sama menjalankan aktiviti memasak di PP, keperluan set memasak akan dihantar. Kontraktor juga diperlukan bagi kerja-kerja penyelenggaraan serta pembaikan kecil yang perlu disegerakan bagi kemudahan mangsa di PP terlibat.

 

Hakcipta Terpelihara © 2017 Pejabat Daerah Dan Tanah Kuantan. 

Tarikh akhir dikemaskini: 08 Januari 2018

 

Laman Web ini sesuai dilayari oleh pada pelayar web Google Chrome 9 & Firefox 3.0 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1152 x 864 dan ke atas. 

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi

Penafian : Pejabat Daerah Dan Tanah Kuantan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini.