Saturday the 21st

INFO DAERAH KUANTAN

Melalui catatan sejarah, Kuantan telah wujud semenjak awal tahun 1850an. Kewujudan Kuantan pada kurun ke-19 adalah bermula sebagai sebuah penempatan. Kewujudan Kuantan ini telah disentuh oleh Abdullah Munsyi pada tahun 1951/52 seperti berikut:

Pada peringkat awalnya Kuantan lebih dikenali dengan nama Kampung Teruntum. Penempatannya adalah di sekitar muara Sungai Kuantan iaitu berhadapan dengan bangunan hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) sekarang. Ia telah dibuka oleh Haji Senik dan pengikut-pengikutnya dalam tahun 1850an. Nama Teruntum ini berasal dari pokok Teruntum yang banyak terdapat dipinggir Sungai Kuantan pada ketika itu.

Kuantan mula membangun apabila bijih timah dijumpai di kawasan Gambang dan Sungai Lembing. Perlombongan bijih timah di Sungai Lembing telah diusahakan semenjak zaman pra-sejarah lagi. Tiada perlombongan secara intensif dijalankan sehinggalah pada abad ke 19 apabila kaum bumiputera dan orang-orang Cina meningkatkan aktiviti mereka di kawasan perlombongan tersebut. Kawasan perlombongan bijih timah di Gambang telah dibuka oleh orang-orang Cina pada awal tahun 1880an sementara kawasan perlombongan Sungai Lembing pula dibuka pada tahun 1868 oleh Lim Ah Sam (Baba Assam).

Pada tahun 1887, ianya telah diusahakan secara intensif oleh Syarikat The Pahang Corporation Limited. Hasil bijih timah daripada Gambang dibawa ke Kuantan melalui Sungai Belat di Gudang Rasau, manakala hasil daripada Sungai Lembing Lembing pula dibawa ke Pasir Kemudi dengan keretapi dan kemudian diangkut dengan kapal wap ke Kuantan untuk dieksport ke Singapura. Bagi memenuhi keperluan aktiviti ini, beberapa kawasan di pinggir Sungai Kuantan telah dimajukan sebagai pusat pengurusan dan pengumpulan bahan-bahan mentah ini. Disamping penyediaan kemudahan pelabuhan, pejabat Kastam, pasar, pejabat pentadbiran daerah dan sebagainya yang terletak di sekitar Jalan Besar, Jalan Mahkota dan pinggir Sungai Kuantan. Dengan corak pembangunan ini, kawasan bandar mula didiami oleh orang-orang Cina, sementara itu orang Melayu yang mula membuka penempatan awal di tebing Sungai Kuantan telah berpindah ke kawasan seperti Tanjung Api, Tanjung Lumpur, Beserah, Tanah Putih dan lain-lain.

 

Hakcipta Terpelihara © 2016 Pejabat Daerah Dan Tanah Kuantan. 

Tarikh akhir dikemaskini: 15 Disember 2016

 

Laman Web ini sesuai dilayari oleh pada pelayar web Google Chrome 9 & Firefox 3.0 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1152 x 864 dan ke atas. 

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi

Penafian : Pejabat Daerah Dan Tanah Kuantan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini.