Monday the 1st

Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan telah menerima persijilan MS ISO 9001:2008 bermula pada 20 Ogos 2009. Tempoh persijilan yang pertama tamat pada 19 Ogos 2012.

Bagi memperakukan semula persijilan yang akan tamat maka pada 30 Julai 2012 pihak Auditor daripada SIRIM telah melakukan auditan di Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan.  Hasil daripada auditan tersebut maka persijilan MS ISO 9001:2008 bagi jabatan ini disambung semula bermula 2 Oktober 2012 sehingga 19 Ogos 2015 dengan menggunakan No Sijil  : AR 4970.

Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan melaksanakan sistem pengurusan Kualiti berasaskan standard MS ISO 9001:2008 bagi urusan seperti berikut :

  1. Pengurusan Tanah
  2. Pengurusan Projek
  3. Pengurusan Pembangunan Masyarakat
  4. Pengurusan Lesen Minuman Keras
  5. Pengurusan Majlis

Sebanyak 42 prosedur telah dibangunkan bagi semua urusan yang terlibat seperti yang dinyatakan. Tiada pengecualian skop dalam pelaksanaan MS ISO 9001:2008 di Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan.

 

Hakcipta Terpelihara © 2016 Pejabat Daerah Dan Tanah Kuantan. 

Tarikh akhir dikemaskini: 03 Februari 2017

 

Laman Web ini sesuai dilayari oleh pada pelayar web Google Chrome 9 & Firefox 3.0 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1152 x 864 dan ke atas. 

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi

Penafian : Pejabat Daerah Dan Tanah Kuantan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini.