Saturday the 25th

UNIT HASIL

1. Adakah cukai tanah dan cukai taksiran 2 perkara yang sama ?

Cukai tanah dan cukai taksiran adalah berbeza. Cukai tanah ditafsir sebagai cukai sewa iaitu sejumlah wang tahunan yang dikenakan ke atas tanah yang dimiliki dan perlu dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) iaitu Pejabat Daerah dan Tanah sebelum 31 Mei setiap tahun. Manakala cukai taksiran pula adalah cukai yang dikenakan ke atas pemilik dan penghuni pegangan berkadar yang terletak di dalam bidang kuasa sesebuah Majlis Perbandaran dan dibayar sebanyak dua kali setahun di Majlis Perbandaran.

2. Dimanakah cukai tanah boleh dibayar ?

Cukai tanah boleh dibayar di semua Pejabat Daerah dan Tanah di dalam negeri pahang dan juga secara atas talian (on-line).

3. Bagaimanakah cara bagi pembayaran cukai tanah secara atas talian (on-line) ?

Pembayaran boleh dibuat melalui alamat url berikut : http://fpxptg.pahang.gov.my/fpx/fpx_qrycukai.php dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak PTG.

4. Selain dari membuat bayaran secara tunai dikaunter, bagaimanakah cara lain saya boleh membuat bayaran cukai tanah ?

Selain dari membuat bayaran secara tunai atau atas talian, bayaran cukai tanah juga boleh dibuat menggunakan bank draf, kiriman wang dan wang pos atas nama "Pentadbir Tanah Kuantan"

5. Bolehkan cukai tanah bagi negeri-negeri lain dibayar di pejabat ini ?

Tidak boleh. Cukai tanah bagi daerah-daerah di Negeri Pahang sahaja boleh dibayar di pejabat ini.

6. Bolehkah saya membayar cukai tanah tanpa membawa bil cukai tanah ?

Boleh. Pembayaran boleh dibuat dikaunter Hasil dengan mengemukakan pengenalan diri seperti kad pengenalan, lesen memandu atau jika tidak membawa pengenalan diri hanya memaklumkan nama pemilik di Daftar Hakmilik Keluaran Komputer (DHKK) geran tanah. Pemilik juga tidak perlu menunggu sehingga bil cukai sampai untuk membayar cukai tanah kerana pembayaran cukai tanah merupakan tanggungjawab bagi semua pemilik tanah. (Seksyen 94 Kanun Tanah Negara).

7. Bilakah Cukai Tanah boleh dibayar ?

Cukai Tanah boleh dibayar bermula 1 Januari sehingga 31 Mei pada tiap-tiap tahun.

8. Bolehkan bayaran cukai tanah dibayar selepas 31 Mei setiap tahun ?

Boleh. Pemilik tanah masih boleh membayar cukai tanah selepas 31 Mei setiap tahun tetapi akan dikenakan DENDA lewat sebanyak 10% daripada jumlah cukai semasa. Bagi mengelakkan denda tersebut, semua pemilik tanah adalah digalakkan untuk membayar cukai sebelum 31 mei setiap tahun bagi mengelakkan dikenakan denda.

UNIT PELUPUSAN

1. Bagaimanakah caranya untuk membuat permohonan tanah (pemberimilikan) ?

Lengkapkan borang 1(termasuk borang akuan sumpah)

Pelan Tapak (tandakan tempat yang ingin memohon)

Sertakan 2 salinan kad pengenalan pemohon dan isteri/suami.

2. Berapakah bayaran pendaftaran permohonan pemberimilikan tanah kerajaan ?

Bayaran pendaftaran sebanyak RM10 sahaja.

3. Bolehkah tanah diusahakan terlebih dahulu sebelum kelulusan permohonan tanah diperolehi ?

Pemohon dilarang melakukan sebarang aktiviti ke atas tanah yang dipohon sehingga mendapat kelulusan dariapda Pihak Berkuasa Negeri selaras dengan Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56/1965) iaitu mana-mana orang yang tanpa kebenaran yang sah :

Menduduki atau membina apa-apa bangunan di atas tanah kerajaan, tanah rizab atau tanah perlombongan atau;

Membersih, membajak, mengali, mengepungi atau menanami mana-mana tanah sedemikian atau bahagian darinya atau;

Memotong atau memindah apa-apa kayuan atau hasil atas atau dari tanah sedemikian, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh jika disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit satau dipenjarakan untuk suatu tempoh tidak melebihi satu tahun.

4. Apakah borang yang sesuai untuk mengemukakan permohonan bagi tanaman sementara dan tanaman kekal ?

Bagi tanaman sementara pemohon perlu mengemukakan Borang 4 manakala bagi tanaman kekal pemohon perlu mengemukakan Borang.

5. Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan tanah Lesen Pendudukan Sementara ?

Lengkapkan Borang 4.

Pelan Tapak (Tandakan tempat yang ingin memohon)

Sertakan 2 salinan kad pengenalan pemohon dan isteri/suami

6. Bagi pemohon yang telah meninggal dunia, adakah permohonan tersebut dapat diproses ?

Permohonan yang mana diketahui pemohon meninggal dunia, permohonan tersebut akan ditolak ringkas.

7. Apa itu Rizab ?

Pemberitahuan dalam Warta merizabkan mana-mana tanah kerajaan untuk apa-apa maksud awam oleh Pihak Berkuasa Negeri.

8. Bagaimana cara untuk membuat permohonan rizab ?

Lengkapkan borang rizab dan pelan tapak (dapatkan secara percuma di Pejabat Tanah)

 

Hakcipta Terpelihara © 2016 Pejabat Daerah Dan Tanah Kuantan. 

Tarikh akhir dikemaskini: 03 Februari 2017

 

Laman Web ini sesuai dilayari oleh pada pelayar web Google Chrome 9 & Firefox 3.0 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1152 x 864 dan ke atas. 

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi

Penafian : Pejabat Daerah Dan Tanah Kuantan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini.