Sunday the 25th

SEJARAH PENTADBIRAN DAERAH

Campurtangan Inggeris di dalam pentadbiran Negeri Pahang pada tahun 1888 telah memulakan era sistem Residen. Melalui sistem ini, pentadbiran Negeri Pahang telah dibahagikan kepada beberapa daerah. Daerah Kuantan telah ditadbirkan oleh seorang Pegawai Daerah (W.G Maxwell - 1805 hingga 1896) yang mempunyai bidang kuasa yang luas di dalam hal ehwal pembangunan tanah, percukaian dan kemasyarakatan. Bagi melicinkan pentadbiran daerah, bangunan Pejabat Daerah yang pertama telah didirikan di kawasan Medan Pelancong dan kemudian dipindahkan ke bangunan Pejabat Penghulu (bersebelahan Muzium Seni Pahang) di Jalan Masjid pada tahun 1907.

Pada 2 Mac 1953, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang telah membuat keputusan untuk memindahkan pusat pentadbiran negeri di Kuala Lipis ke Kuantan. Dengan daya usaha dan ketegasan YAM Tengku Muhammad Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad, selaku Menteri Besar dan Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein selaku Setiausaha Kerajaan pada masa itu, pada 25 Ogos 1955, KDYMM Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al - Muadzam Shah Ibni Almarhum Al Mutasim Billah Al Sultan Abdullah, DK., SIMP., DMN,. DK. (Brunei), DK. (Johor), DK. (Kedah), DK. (Perak), G.C.M.G., dengan rasminya telah mengistiharkan Kuantan sebagai Ibu Negeri Pahang yang baharu.

Sebagai pusat pentadbiran, pejabat-pejabat kerajaan dan segala bentuk kemudahan telah diadakan di kawasan sekitar Jalan Gambut dan Jalan Masjid sementara itu rumah-rumah kerajaan (kuarters) telah dibina di sekitar Jalan Telok Sisek, Jalan Tanah Putih, Jalan Haji Abdul Rahman dan Jalan Dato' Lim Hoe Lek daripada tahun 1948 hingga 1970an.

Pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan beroperasi di Jalan Masjid sehinggalah pada 27 Jun 2011 berpindah dan beroperasi sepenuhnya di bangunan baru di Bandar Indera Mahkota, Kuantan. 

 

Hakcipta Terpelihara © 2017 Pejabat Daerah Dan Tanah Kuantan. 

Tarikh akhir dikemaskini: 14 Jun 2017

 

Laman Web ini sesuai dilayari oleh pada pelayar web Google Chrome 9 & Firefox 3.0 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1152 x 864 dan ke atas. 

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi

Penafian : Pejabat Daerah Dan Tanah Kuantan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini.