Wednesday the 22nd

Bahagian Pembangunan Daerah berperanan dalam mengendalikan pentadbiran mukim dan Pentadbiran JKKK berdasarkan Arahan No 1 yg dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri. Bahagian ini juga bertanggungjawab melaksanakan projek-projek fizikal dan ekonomi di kawasan luar bandar. Bahagian ini memainkan peranan dalam program pembasmian kemiskinan yang dijalankan melalui program Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR). Dalam melaksanakan tanggungjawab pembangunan di kawasan luar bandar, Pejabat Daerah melalui Bahagian Pembangunan Daerah berperanan sebagai agensi pelaksana yang melaksanakan pelbagai program atau projek yang diperuntukkan khusus kepada masyarakat luar bandar samada daripada Kerajaan Negeri atau Persekutuan.

Program dan projek luar bandar diperolehi daripada pelbagai sumber seperti berikut:-

i) Kerajaan Negeri

  • UPEN 
  • PPN

ii) Kerajaan Persekutuan Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLW)

  1. Projek Jalan Kampung (PJK)
  2. Bekalan Air Luar Bandar (BALB)
  3. Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB)
  4. Program Ameniti Sosial
  5. Program Ekonomi Luar Bandar 
  6. Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) ICU JPM 
  7. Peruntukan khas PM, TPM, Menteri-Menteri dan Ahli Parlimen 
  8. Peruntukan projek kecil & projek kecil keagamaan
  9. Projek Penyenggaraan Infrastruktur Awam (PIA) 
  10. Projek Infrastruktur Asas Luar Bandar (PIAS)

 

Hakcipta Terpelihara © 2016 Pejabat Daerah Dan Tanah Kuantan. 

Tarikh akhir dikemaskini: 03 Februari 2017

 

Laman Web ini sesuai dilayari oleh pada pelayar web Google Chrome 9 & Firefox 3.0 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1152 x 864 dan ke atas. 

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi

Penafian : Pejabat Daerah Dan Tanah Kuantan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini.