Latar Belakang

Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kuantan terletak dalam daerah Kuantan dan merupakan pusat pentadbiran negeri Pahang. Mula ditubuhkan pada 10 Ogos 1895 melalui pelantikan Pegawai Daerah yang pertama W.G.Maxwell. Peranan utamanya meliputi hal-hal pentadbiran daerah dan pengurusan tanah yang merangkumi kawasan seluas 296,042 hektar persegi (2,690 km persegi) atau kira-kira 8.2% daripada keseluruhan keluasan negeri Pahang. 

Dalam daerah ini terdapat 6 mukim iaitu Mukim Kuala Kuantan, Mukim Beserah, Mukim Penor, Mukim Sg Karang, Mukim Ulu Kuantan dan Mukim Ulu Lepar. Sebanyak 65 Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) dan 3 Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Baharu (JKKKB) telah ditubuhkan bagi melicinkan pentadbiran di peringkat akar umbi.

Akta berkaitan penubuhan (penubuhan jabatan) :-   

  • Kanun Tanah Negara 1965
  • Kaedah Tanah Pahang 1992
  • Arahan Pentadbiran Tanah Negeri (APTN)
  • Peraturan Tanah Negeri 1966, Pindaan 1987
  • Pekeliling-pekeliling KPTG
  • Surat-surat Pekeliling KPTG
  • Pekeliling-pekeliling PTG
  • Arahan-arahan/Keputusan MMK
  • Pekeliling-pekeliling Setiausaha Kerajaan Pahang (SUK)
  • Arahan Perbendaharaan
  • Surat Pekeliling Perbendaharaan

Tarikh Kemaskini: 29/09/2019 13:42:41

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 28 kali.


Kembali ke Atas