Perutusan Pegawai Daerah


PERUTUSAN PEGAWAI DAERAH KUANTAN
        



Segala pujian hanya bagi Allah SWT yang memberikan nikmat dan rahmat kepada kita semua serta warga PDT Kuantan amnya. Selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang menjadi penyatu ummat dalam sejarah peradaban manusia berpandukan wahyu Ilahi.

 Salam penuh kesyukuran atas limpah kurnia dan izinNya, warga PDT Kuantan telah berjaya mengharungi tahun 2018 dengan jayanya. Semestinya halangan dan rintangan pada tahun 2018 telah mematangkan kita sebagai warga PDT Kuantan untuk lebih bersedia menghadapi tahun 2019. Cabaran yang dirasakan akan lebih mencabar ini akan diteruskan aspirasinya bagi sama-sama memperkemaskan lagi perkhidmatan awam di kalangan warga kerja PDT Kuantan hendaknya.

 Sedikit ruang dan peluang diambil untuk merakamkan penghargaan terima kasih kepada seluruh warga kerja PDT Kuantan atas komitmen dan kerjasama yang ditunjukkan dalam melaksanakan segala tanggungjawab yang diamanahkan sepanjang tahun 2018 sehingga kita berjaya mencapai kecemerlangan. Kecemerlangan ini harus kita kekalkan dan bersedia sebagai penggerak utama dalam membantu Kerajaan menghadapi cabaran semasa.

Permulaan tahun baharu bukan bermaksud untuk kita meninggalkan kecemerlangan yang lalu malah sepatutnya membawa terus momentum tersebut pada tahun 2019 untuk terus membina kegemilangan. Kita hendaklah menjadi warga kerja yang mesra rakyat.

 Melalui portal rasmi ini, orang awam akan lebih mudah dapat mengenali PDT Kuantan melalui pelbagai informasi yang disediakan. Pentadbiran kami juga amat berbesar hati dan bersedia menerima cadangan dan pandangan membina bagi mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan demi kepentingan orang awam. Sasaran kita adalah untuk menepis tanggapan rakyat yang menganggap setiap urusan Kerajaan adalah rumit, membazir dan menyusahkan.

Akhir kalam saya menyeru seluruh warga kerja PDT Kuantan bagi bersama-sama tingkatkan keazaman dan semangat untuk membawa PDT Kuantan ke arah kecemerlangan dan terus berpegang kepada nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Semoga warga kerja PDT Kuantan akan kekal cemerlang dan gemilang dalam membawa azam dan misi tahun 2019.  

Sekian, terima kasih.



Tarikh Kemaskini: 04/01/2019 15:46:32

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 1784 kali.


Kembali ke Atas