Majlis Amanat Dan Agihan Pakaian Kontinjen

KUANTAN, 09 Ogos 2019 - Telah berlangsung dengan meriahnya penyampaian amanat dan penyerahan pakaian kepada atlet yang bakal menghadapi SUKTAP Ke-5 Tahun 2019 di UMP, Gambang. YM Tengku Dato' Nor Asmaliza selaku Yang Dipertua Kelab PETANDA Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan meluangkan masa lebih sejam bagi program tersebut. 

Turut hadir sama Timbalan Yang Dipertua Kelab PETANDA, En Kamarul Iskandar. 

Program dimulakan dengan penyampaian amanat yang disampaikan oleh YM Tengku Dato'. Seterusnya diikuti dengan penyerahan set pakaian kepada atlet yang bakal bertanding diwakili oleh pengurus pasukan masing-masing. 

Tarikh Kemaskini: 30/09/2019 15:11:53

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 10 kali.


Kembali ke Atas