Arkib Berita

PKP Juga Di Pahang
21 Jan 2021
KUANTAN, 21 Januari 2020 - Tempoh PKP diumumkan bermula esok, 22 Januari sehingga 4 Februari 2021 merumuskan bahawa Pahang juga mengalami trend kenaikan kes yang meningkat saban hari.

Kenyataan Media Pejabat Daerah Dan Tanah Kuantan
21 Jan 2021
KUANTAN, 21 Januari 2021 - Isu tular dalam media sosial berkenaan Aktiviti Sukarelawan Pahang Daerah Kuantan anjuran Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Kuantan melalui Pejabat Daerah Dan Tanah Kuantan.
 ikon.jpg?v=1611155328)
Cakna Banjir Pasukan Sukarelawan PDT Kuantan Ke Kg Semangat
20 Jan 2021
KUANTAN, 20 Januari 2021 - Program memasuki hari ke-2 menyaksikan pasukan sukarelawan daerah Kuantan bergabung tenaga memberi bantuan kepada mangsa banjir di Kg Semangat. Usaha Penghulu Mukim Penor dan Pengerusi JKKK sangat dihargai dalam kerjasama menguruskan perjalan program.

CSR PDT Kuantan Di Kg Ubai Cakna Mangsa
19 Jan 2021
KUANTAN, 19 Januari 2021 - Melalui tanggungjawab sosial korporat atau Corporate Social Responsibility (CSR) PDT Kuantan, mangsa banjir di Kg Ubai, Kuantan menerima kunjungan warga PDT Kuantan bagi tujuan pembersihan rumah akibat banjir yang bermula awal Januari lalu.

PKPB Di Pahang
12 Jan 2021
KUANTAN. 12 Januari 2021 - Usai pengumuman Perdana Menteri lewat petang semalam, warga Pahang perlu akur dan patuh kepada arahan PKP Bersyarat (PKPB) mulai jam 12.01 tengah malam, 13 Januari 2021 sehingga 26 Januari 2021. Tempoh 14 hari tersebut bukan sahaja melibatkan Pahang malah turut dirasai bersama Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Taklimat Bencana Daerah Kuantan 2021
08 Jan 2021
KUANTAN, 06 Januari 2021 - Pegawai Daerah Kuantan, YM Tengku Dato' Nor Asmaliza menyampaikan taklimat bencana banjir bagi daerah Kuantan tahun 2021 bertempat di Wisma Belia, Bandar Indera Mahkota. KDYMM SPB YdP Agong Al-Sultan Abdullah Ri‘ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dipersembahkan situasi semasa banjir yang melanda daerah Kuantan.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 913 kali.
Kembali ke Atas