Arkib Berita

Bayar Cukai Tanah 2020 Sebelum 31 Ogos 2020

Bayar Cukai Tanah 2020 Sebelum 31 Ogos 2020

KUANTAN, 10 Ogos 2020 - Cukai tanah adalah salah satu jenis cukai yang dikutip oleh kerajaan negeri untuk pengurusan hartanah. Bayaran cukai tanah bagi tahun 2020 perlu dijelaskan sebelum 31 Ogos 2020 ini tanpa dikenakan sebarang denda lewat.
Lanjutan Tempoh Permohonan Mengubah Kategori Dan Syarat Nyata

Lanjutan Tempoh Permohonan Mengubah Kategori Dan Syarat Nyata

KUANTAN, 10 Ogos 2020 - Permohonan mengubah kategori penggunaan dan syarat nyata ‘Nil’ atau ‘Tiada’ tidak diluluskan secara otomatik. Oleh yang demikian, pemilik tanah kategori dan syarat nyata ‘Nil’ atau ‘Tiada’ yang MEMILIH untuk memohon hendaklah mengemukakan permohonan lengkap kecuali bagi dokumen yang melibatkan gadaian dan kaveat yang mungkin memerlukan sedikit masa. Pemohon boleh menghantar dahulu dokumen lain bagi mengelakkan kelewatan mengemukakan permohonan sebelum 31 Ogos 2020.
Daulat Tuanku

Daulat Tuanku

KUANTAN, 30 Julai 2020 - Merafak sembah dalam menyembahkan ucapan tahniah ke sisi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, Sultan dan Raja Pemerintah bagi Negeri Pahang Darul Makmur serta segala jajahan takluknya sempena memuliakan Hari Ulang Tahun Keputeraan Yang Ke-61.
Patuhi SOP

Patuhi SOP

KUANTAN, 29 Julai 2020 - Mematuhi SOP yang telah ditetapkan sepanjang sambutan AidilAdha bakal menjadi penanda ukur bagi memastikan penyebaran wabak dapat dihentikan. Bersama-sama kita menjaga dan mematuhi SOP bagi ksejahteraan semua rakyat.
Tindakan SEGERA

Tindakan SEGERA

KUANTAN, 21 Julai 2020 - Tarikh tutup permohonan mengubah kategori/syarat tanah NIL atau TIADA hampir tiba!
Bengkel SISPAA PDT Kuantan

Bengkel SISPAA PDT Kuantan

KUANTAN, 15-16 Julai 2020 - Selama dua hari pengelolaan Bengkel SISPAA dilaksanakan dengan jayanya di Bilik Gerakan PDT Kuantan. Dengan menempatkan hampir dua puluh (20) peserta yang hadir mewakili unit masing-masing, peserta dapat berkongsi ilmu yang terang dan jelas disampaikan oleh Pengarah Biro Pengaduan Awam Negeri Pahang.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 686 kali.


Kembali ke Atas