Arkib Berita

Program Perhimpunan YAB Menteri Besar Pahang Bersama Penjawat Awam Negeri Pahang

Program Perhimpunan YAB Menteri Besar Pahang Bersama Penjawat Awam Negeri Pahang

KUANTAN, 17 Disember 2018 – Program Perhimpunan YAB Menteri Besar Pahang Bersama Penjawat Awam Negeri Pahang telah bersiaran secara langsung dari Dewan SUK Blok C, Wisma Sri Pahang dengan disaksikan seluruh penjawat awam di Negeri Pahang . Di Kuantan, siaran secara langsung ini turut disaksikan oleh barisan Ketua Jabatan Daerah Kuantan bersama pegawai dan kakitangan PDT Kuantan.
Taklimat dan Simulasi Tugas Serta Tanggungjawab Petugas di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Banjir 2018/2019

Taklimat dan Simulasi Tugas Serta Tanggungjawab Petugas di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Banjir 2018/2019

KUANTAN, 05 Disember 2018 – PDT Kuantan telah mengadakan program taklimat dan simulasi tugas dan tanggungjawab kepada petugas tentang aktiviti-aktiviti di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) bertujuan untuk memastikan ketersediaan petugas banjir di kalangan pegawai dan kakitangan PDT Kuantan.
Majlis Perjumpaan YB Setiausaha Kerajaan Pahang Bersama Pegawai dan Kakitangan PDT Kuantan

Majlis Perjumpaan YB Setiausaha Kerajaan Pahang Bersama Pegawai dan Kakitangan PDT Kuantan

KUANTAN, 03 Disember 2018 – Majlis Perjumpaan bersama YB Setiausaha Kerajaan Pahang bersama Pegawai dan Kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kuantan telah berlangsung dengan jayanya di Kompleks Dagangan Mahkota, Bandar Indera Mahkota , Kuantan. Dengan kehadiran lebih 120 pegawai dan kakitangan PDT Kuantan, YB Setiausaha Kerajaan Pahang mengambil peluang dan ruang yang ada untuk turut menyampaikan amanat untuk semua warga yang hadir.
Bengkel myPortfolio PDT Kuantan

Bengkel myPortfolio PDT Kuantan

KUANTAN, 30 November 2018 - Bengkel selama 2 hari yang dijalankan kepada warga PDT Kuantan telah dapat memberi gambaran yang lebih mendalam bagaimana penyediaan myProtfolio disediakan. Bengkel yang berlangsung pada 29 November hingga 30 November 2018 turut dihadiri serta diselia oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Daerah), Puan Nor Diana bt Ismail.
PDT Kuantan Di Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Tahun 2018

PDT Kuantan Di Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Tahun 2018

Kuantan, 15 November 2018 - Satu Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Pejabat Setiausaha Kerajaan dan Pejabat Daerah dan Tanah Pahang Tahun 2018 telah diadakan bertempat di Dewan Utama, Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS).
Kursus Induksi Khusus PDT Kuantan

Kursus Induksi Khusus PDT Kuantan

KUANTAN, 17 Oktober 2018 - Memberi pendedahan kepada pegawai dan kakitangan yang baharu dilantik dan ditukarkan tentang fungsi Bahagian/Unit di PDT Kuantan
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 490 kali.


Kembali ke Atas