Arkib Berita

HSN Disambut Meriah

HSN Disambut Meriah

KUANTAN, 13 Oktober 2018 - Program Hari Sukan Negara (HSN) 2018 yang diraikan pada setiap Sabtu minggu kedua Oktober setiap tahun telah diadakan dengan meriahnya di Kompleks Belia dan Sukan, Kuantan. Program HSN 2018 Peringkat Negeri Pahang telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Wan Rosdi bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang.
SUKANEKA 2018

SUKANEKA 2018

KUANTAN, 29 September 2018 – Biro Sukan Kelab PETANDA Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan telah memulakan program sulungnya pada tahun 2018 dengan penganjuran SUKANEKA 2018 dengan kerjasama Biro Sosial PETANDA. Kemeriahan program turut dirai bersama ahli keluarga dengan pelbagai acara sukaneka.
Pelupusan Kertas Undi dan Dokumen PRU Ke-14

Pelupusan Kertas Undi dan Dokumen PRU Ke-14

KUANTAN, 28 September 2018 - Pelupusan kertas undi dan dokumen-dokumen pilhan raya umum ke-14 (PRU-14) bagi Parlimen Paya Besar P.084 telah dilaksanakan setelah mendapat mandat dari Pejabat Pilihan Raya Negeri Pahang dalam suratnya yang bertarikh 17 Ogos 2018. Pelupusan kertas undi dan dokumen PRU Ke-14 telah diadakan di Kompleks Penghulu Mukin Kuantan Kuala Kuantan 1, Pusat Pertumbuhan Desa Soi, Kuantan.
Sambutan Maal Hijrah Meriah

Sambutan Maal Hijrah Meriah

KUANTAN, 11 September 2018 - Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan merasmikan sambutan Maal Hijrah yang bertemakan “Menyantuni Umat Membawa Berkat” di Masjid Negeri Sultan Haji Ahmad 1, Kuantan. Turut hadir pada sambutan itu ialah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh dan Timbalan Menteri Kerja Raya Mohd Anuar Mohd Tahir.
Penilaian Penarafan Bintang (SSR) Pentadbiran Tanah dan Kuantan

Penilaian Penarafan Bintang (SSR) Pentadbiran Tanah dan Kuantan

KUANTAN, 05 September 2018 - Program Penilaian Penarafan Bintang Pentadbiran Tanah 2018 telah diadakan pada 03 September hingga 05 September 2018 di Pentadbiran Daerah dan Tanah Kuantan. Kedatangan para panel yang dilantik pada kali ini adalah untuk memastikan penyediaan dokumen pembuktian SSR menetapi kehendak pengauditan. Kakitangan dan pegawai Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan telah memberikan fokus dan komitmen yang terbaik sehingga selesai sesi pengauditan.
Kemeriahan Sambutan Hari Kemerdekaan

Kemeriahan Sambutan Hari Kemerdekaan

KUANTAN, 31 Ogos 2018 - Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan menghadiri majlis sambutan Hari Kebangsaan 2018 peringkat negeri di perkarangan Jalan Mahkota, di sini, hari ini.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 490 kali.


Kembali ke Atas