Arkib Berita

Sambutan Perasmian BSN 2019 Di Kuantan

Sambutan Perasmian BSN 2019 Di Kuantan

KUANTAN, 12 Oktober 2019 - YB. Dato' Sri Haji Mohd Johari, wakil rasmi YAB MB, bersama warga Kuantan di Stadium UIA meriah dengan lebih 2 ribu pengunjung merasmikan Bulan Sukan Negara 2019 yang disambut serentak di seluruh negara. YB. Dato Sri turut sama melepaskan larian sejauh 5km serta acara berbasikal setelah bersama-sama warga Kuantan memanaskan badan dalam acara senamrobik.
Kutipan Luar Tingkat Hasil Kuantan

Kutipan Luar Tingkat Hasil Kuantan

KUANTAN, 28 September 2019 - Giat dalam usaha untuk meningkatkan hasil negeri, Unit Hasil PDT Kuantan 'turun padang' bersama warga Felda Sungai Panching Timur.
TAHNIAH PDT Kuantan

TAHNIAH PDT Kuantan

KUANTAN, 23 September 2019 - Sekalung TAHNIAH untuk warga kerja PDT Kuantan atas kerjasama dan komitmen yang diberikan tanpa mengenal erti jemu dan putus asa sehingga peroleh pengiktirafan ini. Semoga dengan pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada usaha yang lebih giat dan gigih untuk memastikan segala urusan kerja berada pada landsan yang betul dan mematuhi prosedur yang telah ditetapkan.
Pertandingan Boling Erat Ukhwah

Pertandingan Boling Erat Ukhwah

KUANTAN, 20 September 2019 - PUSPANITA Daerah Kuantan buat julung kalinya menganjurkan pertandingan boling di Mega Lanes, Kuantan. Program yang bertujuan untuk memupuk persahabatan dan meningkatkan ukhwah di kalangan ahli. Pengerusi PUSPANITA Daerah Kuantan turut hadir dan merasmikan pertandingan.
Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang 2019

Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang 2019

KUANTAN, 01 September 2019 - Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang dinobatkan kepada Dato' Haji Muhammad Haji Abdullah, mantan Ahli Parlimen Maran. Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang 1441H diadakan di Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah.
Lawat Mangsa Kebakaran Di Pekan Sungai Lembing Kuantan

Lawat Mangsa Kebakaran Di Pekan Sungai Lembing Kuantan

​KUANTAN, 31 OGOS 2019 - Usai Majlis Sambutan Kemerdekaan Peringkat Negeri di Jalan Mahkota, Kuantan, KDYMM Pemangku Raja Pahang menunjukkan sikap prihatin dan ambil berat terhadap masalah rakyat dengan bergegas ke pekan Sg Lembing bagi melawat mangsa kebakaran.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 686 kali.


Kembali ke Atas