Arkib Berita

Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang 2019

Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang 2019

KUANTAN, 01 September 2019 - Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang dinobatkan kepada Dato' Haji Muhammad Haji Abdullah, mantan Ahli Parlimen Maran. Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang 1441H diadakan di Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah.
Lawat Mangsa Kebakaran Di Pekan Sungai Lembing Kuantan

Lawat Mangsa Kebakaran Di Pekan Sungai Lembing Kuantan

​KUANTAN, 31 OGOS 2019 - Usai Majlis Sambutan Kemerdekaan Peringkat Negeri di Jalan Mahkota, Kuantan, KDYMM Pemangku Raja Pahang menunjukkan sikap prihatin dan ambil berat terhadap masalah rakyat dengan bergegas ke pekan Sg Lembing bagi melawat mangsa kebakaran.
Sambutan Kemerdekaan Di Kuantan Meriah

Sambutan Kemerdekaan Di Kuantan Meriah

KUANTAN, 31 OGOS 2019 - Perutusan penuh dengan rasa semangat kemerdekaan dari YAB Perdana Menteri sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-62 mencerminkan harapan yang tinggi bagi memastikan Malaysia bersih dari amalan rasuah yang mampu menggagalkan usaha untuk memberi kemakmuran bersama kepada semua rakyat.
Istiadat Sambutan Pulang Meriah Di TUDM Kuantan

Istiadat Sambutan Pulang Meriah Di TUDM Kuantan

KUANTAN, 29 Ogos 2019 - Menyambut keberangkatan pulang Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dari Lawatan Negara ke Republik Indonesia memberikan suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Audit MS ISO 9001:2015 Hari Kedua PDT Kuantan

Audit MS ISO 9001:2015 Hari Kedua PDT Kuantan

KUANTAN, 27 Ogos 2019 - Hari ke-2 audit diteruskan dengan beberapa baki prosedur yang belum diaudit serta diberi penialaian oleh barisan panel. Terlihat kesungguhan para auditee begitu komited dengan tanggungjawab masing-masing demi memastikan pensijilan dapat diperolehi dengan persediaan seawal 8 pagi.
Konvoi Merdeka

Konvoi Merdeka

GAMBANG, 26 Ogos 2019 - Cebisan kain yang diwarnai dengan jalur merah dan putih bukan sekadar corak biasa, tetapi ia adalah lambang kedaulatan, kehormatan, perpaduan dan ketaatan kepada negara yang mesti dipertahankan menjadi simbolik sepanjang perjalanan konvoi kemerdekaan ini. Kibaran jalur gemilang sepanjang perjalanan konvoi kemerdekaan menjadi acara yang ditunggu-tunggu dengan sambutan meriah dari kalangan pelajar sekolah, penjawat awam, serta orang ramai di sepanjang laluan.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 469 kali.


Kembali ke Atas