Arkib Berita

Audit Pensijilan MS ISO 9001:2015 PDT Kuantan

Audit Pensijilan MS ISO 9001:2015 PDT Kuantan

KUANTAN, 26 Ogos 2019 - Bermulanya siri audit pensijilan MS ISO 9001:2015 PDT Kuantan sehingga 27 Ogos 2019. Selamat Datang diucapkan kepada barisan panel dari AJA EQS Certification (M) Sdn. Bhd. Program dimulakan dengan mesyuarat pembukaan yang dipengerusikan oleh YM Tengku Dato' Nor Asmaliza Bt Ku Lah, Pegawai Daerah Kuantan.
Laporan Tunggakan Cukai Tanah

Laporan Tunggakan Cukai Tanah

KUANTAN, 20 Ogos 2019 - Kerajaan Pahang begitu komited dalam penguatkuasaan serta merta undang-undang bagi mengutip tunggakan hasil seperti cukai tanah serta taksiran, sewa perumahan kos rendah dan royalti mineral berjumlah jutaan ringgit yang tertunggak sejak 48 tahun lalu. Menerusi langkah itu, Kerajaan Pahang boleh merampas tanah dan rumah sewa kos rendah terbabit sekiranya pemiliknya gagal membayar tunggakan mereka dalam tempoh tiga hingga enam bulan selepas menerima notis.
Notis 8A (Notis Perkembalian Tanah Kepada Kerajaan)

Notis 8A (Notis Perkembalian Tanah Kepada Kerajaan)

KUANTAN, 19 Ogos 2019 - Pentadbir Tanah Kuantan telah mengeluarkan sebanyak tujuh (7) Borang 8A (Seksyen 130) Notis Perkembalian Tanah Kepada Kerajaan yang dikemaskini sehingga 10 Ogos 2019. Paparan salinan notis ini adalah memenuhi minit Mesyuarat Pengurusan PDT Kuantan pada 09 Ogos 2019 yang lalu.
PETANDA Juara

PETANDA Juara

KUANTAN, 19 Ogos 2019 - Berakhir sudah Kejohanan Sukan Pentadbiran Tanah Negeri Pahang Tahun 2019 (SUKTAP) di Universiti Malaysia Pahang, Gambang dengan meraih gelaran JUARA bagi kali kedua berturut-turut. Kali pertama gelaran juara diperoleh pada tahun 2017 bagi siri keempat dibawah naungan YH. Dato Zaliza Zulkipli. Kejayaan berulang sekali lagi pada tahun 2019 di bawah panji naungan YH Tengku Dato' Asmaliza bt Ku Lah pada tahun 2019. TAHNIAH untuk semua atlet dan urusetia yang telah bekerja keras dan memberi komitmen yang terbaik untuk mempastikan kejayaan digenggam.
Majlis Kesyukuran Sultan Pahang

Majlis Kesyukuran Sultan Pahang

KUANTAN, 30 Julai 2019- Bertempat di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 telah berlangsungnya Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.
Tahniah PDT Kuantan

Tahniah PDT Kuantan

Tahniah PDT Kuantan
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 469 kali.


Kembali ke Atas