Arkib Berita

TAHNIAH PDT Kuantan

TAHNIAH PDT Kuantan

KUANTAN, 23 September 2019 - Sekalung TAHNIAH untuk warga kerja PDT Kuantan atas kerjasama dan komitmen yang diberikan tanpa mengenal erti jemu dan putus asa sehingga peroleh pengiktirafan ini. Semoga dengan pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada usaha yang lebih giat dan gigih untuk memastikan segala urusan kerja berada pada landsan yang betul dan mematuhi prosedur yang telah ditetapkan.
Pertandingan Boling Erat Ukhwah

Pertandingan Boling Erat Ukhwah

KUANTAN, 20 September 2019 - PUSPANITA Daerah Kuantan buat julung kalinya menganjurkan pertandingan boling di Mega Lanes, Kuantan. Program yang bertujuan untuk memupuk persahabatan dan meningkatkan ukhwah di kalangan ahli. Pengerusi PUSPANITA Daerah Kuantan turut hadir dan merasmikan pertandingan.
Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang 2019

Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang 2019

KUANTAN, 01 September 2019 - Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang dinobatkan kepada Dato' Haji Muhammad Haji Abdullah, mantan Ahli Parlimen Maran. Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang 1441H diadakan di Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah.
Lawat Mangsa Kebakaran Di Pekan Sungai Lembing Kuantan

Lawat Mangsa Kebakaran Di Pekan Sungai Lembing Kuantan

​KUANTAN, 31 OGOS 2019 - Usai Majlis Sambutan Kemerdekaan Peringkat Negeri di Jalan Mahkota, Kuantan, KDYMM Pemangku Raja Pahang menunjukkan sikap prihatin dan ambil berat terhadap masalah rakyat dengan bergegas ke pekan Sg Lembing bagi melawat mangsa kebakaran.
Sambutan Kemerdekaan Di Kuantan Meriah

Sambutan Kemerdekaan Di Kuantan Meriah

KUANTAN, 31 OGOS 2019 - Perutusan penuh dengan rasa semangat kemerdekaan dari YAB Perdana Menteri sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-62 mencerminkan harapan yang tinggi bagi memastikan Malaysia bersih dari amalan rasuah yang mampu menggagalkan usaha untuk memberi kemakmuran bersama kepada semua rakyat.
Istiadat Sambutan Pulang Meriah Di TUDM Kuantan

Istiadat Sambutan Pulang Meriah Di TUDM Kuantan

KUANTAN, 29 Ogos 2019 - Menyambut keberangkatan pulang Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dari Lawatan Negara ke Republik Indonesia memberikan suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 589 kali.


Kembali ke Atas