Berita

AidilFitri Kelab PETANDA

peNA eJs


Suasana sambutan Syawal PDT Kuantan berwarna warni dengan setiap gerai juadah yang disediakan oleh Unit di setiap tempat letak kereta dihias rapi dan indah dengan pebagai tema pilihan. Sekalung TAHNIAH diucapkan kepada Unit Pelupusan yang meraih gelaran gerai tercantik. Begitu juga untuk Unit Pendaftaran yang dipilih memenangi hadiah kategori pakaian menarik secara berkumpulan. 

Pelbagai juadah yang menanti tetamu dihidang dan dinikmati bersama sebagai tanda kesyukuran sambutan Syawal. Hidangan utama iaitu nasi arab menjadi tarikan utama menu Syawal ini. 

Antara lain, roti jala, satay, ketupat, rendang, laksa, lemang dan cendol juga punyai keistimewaannya tersendiri. Kemeriahan bertambah dengan iringan lagu-lagu raya serta kakitangan mengambil peluang menyanyi lagu-lagu raya kegemaran masing-masing. 

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 23 kali.


Kembali ke Atas