Berita

Program AKRAB - Bina Jati Diri Kakitangan PDT Kuantan

peNA eJs

Program sesi yang ke-3 pada hari ke-2 ini dikendalikan oleh En Noorefendi b Noordin. Pengisian program adalah lebih kepada permainan dalam kumpulan. Semangat kerja berpasukan diterapkan dalam pelbagai permainan yang dijalankan.

Peserta dilihat begitu ceria dan hubungan kekeluargaan semakin erat dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan. Tidak sekadar permainan yang menyeronokkan, setiap permaian yang dilibatkan mempunyai nilai murni yang tinggi untuk dijadikan ikutan.

Aktiviti membina jalur gemilang pada petang ini menguji sikap kerjasama yang ada di kalangan peserta. Kekreatifan dan sikap saling membantu dapat dinilai daripada setiap penghasilan jalur gemilang setiap kumpulan. Sikap mementingkan diri sendiri menjadi faktor negatif bagi individu jika ingin capai matlamat dalam hidup dan kerjaya sebagai penjawat awam yang berwibawa.

Peserta sekali lagi diuji tahap kerjasama di kalangan mereka dengan permainan membawa guli melalui batang paip. Permainan ini sesungguhnya menguji tahap kesabaran dan kerjasama antara ahli kumpulan.

Sambutan harijadi peserta bagi April 2019 mengakhiri program pada hari ke-2 ini. Meraka diraikan dengan nyanyian beramai-ramai serta memotong kek. Keseronokan peserta dengan menyambut hari lahir rakan disusuli dengan nyanyian semangat dengan lagu WARISAN (Anak Kecil Main Api).

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 27 kali.


Kembali ke Atas