Berita

Watikah Pelantikan Pengerusi JKKK Tahun 2020 Daerah Kuantan

peNA eJs

Penerima watikah yang dimulai dengan Pengerusi JKKK Kg ALor Akar/Semambu, En Ramli b M Taib disampaikan oleh YB Encik Abd Rahim b Muda, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang.

Pengerusi JKKK perlu mempamerkan integriti dan menjaga kualiti kepimpinan bagi memastikan kemakmuran kampung dan masyarakat. Golongan pemimpin masyarakat ini secara tidak langsung menjadi suara kerajaan negeri di bawah naungan YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Pegawai Daerah Kuantan, YM Tengku Dato' Nor Asmaliza turut menzahirkan bahawa barisan Pengerusi JKKK ini adalah menjadi mata dan telinga kerajaan negeri dan secara tidak langsung sebagai ejen dalam menyuarakan keperluan rakayat agar dapat ditangani dengan baik dan adil.

Kepercayaan dan harapan yang diletakkan kepada Pengerusi JKKK bukan sahaja sebagai pengiktirafan bagi memimpin kawasan masing-masing, malah perlu seiring dengan integriti dan kualiti kepimpinan yang seterusnya dapat melonjakkan kemakmuran kampung dan masyarakat.

Sebagai pemimpin penting yang mewakili kerajaan negeri dalam memacu Pahang makmur dan sejahtera, Pengerusi JKKK adalah harapan utama bagi memastikan kepimpinan kampung berada dalam landasan yang betul selaras dengan kemajuan kampung yang sejahtera dan makmur.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 177 kali.


Kembali ke Atas