Berita

Arahan YB Setiausaha Kerajaan Pahang Sempena Perintah Kawalan Pergerakan

peNA eJs

Bermula 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 :

a) Kawalan Premis Kerajaan

i. Secara amnya, semua premis Kerajaan perlu ditutup kecuali perkhidmatan yang melibatkan keselamatan, penguatkuasaan, pembersihan dan yang akan ditambah dari masa ke masa. Penjawat Awam termasuk pegawai-pegawai kanan dibenarkan untuk bekerja dari rumah. Bagi tujuan ini, Pegawai-Pegawai dibenarkan untuk membawa pulang aset keperluan seperti laptop dan dokumen-dokumen yang bukan dikategorikan sebagai rahsia. Kehadiran di Pejabat hanya dibenarkan bagi tujuan-tujuan tertentu yang kritikal untuk masa-masa tertentu sahaja dan digalakkan dibuat secara penggiliran; 

ii. Aspek keselamatan bangunan harus dikekalkan. Pegawai Keselamatan harus sentiasa berada di pejabat bagi mengelakkan pencerobohan, kecurian dan sebagainya. Namun bilangan mereka ini perlu dihadkan serta dibuat penggiliran sewajarnya; 

iii. Setiausaha Kerajaan Pahang telah mengaktifkan bilik operasi bencana. Sehubungan itu, semua ketua-ketua Jabatan Negeri perlu memberi komitmen yang sewajarnya; 

b) Bayaran tuntutan

Semua tuntutan yang telah dikemukakan kepada jabatan-jabatan Negeri sebelum ini dan telah lengkap invoisnya perlu dibuat sewajarnya. Ini bagi mengelakkan syarikat-syarikat pembekal/kontraktor tidak terjejas terutamanya dalam Pembayaran gaji kepada pekerja mereka. Unit kewangan yang menguruskan pembayaran dibenarkan untuk ke pejabat menyelesaikan Pembayaran dan pulang setelah selesai tugas.

c) Semua projek-projek fizikal yang tidak kritikal juga perlu ditangguhkan sehingga perintah ini terbatal. Perancangan dan urusan perolehan juga ditangguhkan. 

d) Mesyuarat-mesyuarat yang tidak penting juga perlu ditangguhkan. 
e) Semua kakitangan penjawat awam negeri perlu meneruskan tugas dan kekal berada di rumah.  

Hanya Ketua Keluarga sahaja dibenarkan untuk keluar bagi mendapatkan keperluan asas seperti makanan dan perubatan dan terus pulang ke rumah selepas selesai urusan. Penjawat awam yang didapati engkar akan dikenakan tindakan tatatertib. 

f) Setiausaha Kerajaan Pahang akan mengeluarkan arahan kepada pegawai yang perlu hadir ke Pejabat sekiranya ada keperluan.

https://www.hmetro.com.my/utama/2020/03/555446/mkn-jawab-soalan-perintah-kawalan-pergerakan

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 46 kali.


Kembali ke Atas