Berita

Audit Lapangan AIGA 2020 PDT Kuantan

peNA eJs

Dengan tekad untuk memperkasakan budaya integriti di Malaysia, gabungan IIM dan YP cukup mantap. Anugerah ini tidak lain adalah untuk memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada sekotor awam menzahirkan komitmen dalam pembudayaan dan amalan integrity. Aspek tadbir urus terbaik serta inisiatif anti rasuah dalam sesuatu organisasi juga adalah menjadi ukuran bagi kejayaan paradigma baharu ini.

AIGA2020 memberi pengiktirafan kepada organisasi yang memberi komitmen, melaksanakan dan berjaya menerap budaya integriti, governas dan anti rasuah yang sistematik dan efektif.

Audit lapangan AIGA2020 diteraju auditor dari pihak IIM iaitu Puan Nurirdzuana bt Ismail dan En Muhammad Qayyum b Salim yang bersiaran secara langsung atas talian untuk julung kalinya. PDT Kuantan membariskan pegawai dan kakitangan yang terlibat secara langsung melalui Unit Integriti jabatan.

  

Dengan menzahirkan teknologi teknologi yang ada, audit lapangan yang dilakukan melalui sidang video ini menyaksikan penyediaan dan semakan dokumen juga adalah secara maya.

Dengan pengalaman baharu ini, diharapkan ianya akan menjadi platform terbaik PDT Kuantan untuk mengukur sejauh mana usaha dan inisiatif yang dilunaskan dalam meningkatkan integriti, governas dan membanteras rasuah di kalangan warganya.

Meletakkan suatu penanda aras yang baik dapat dijadikan pendorong malah menjadi panduan bagi menerima pengiktirafan AIGA pada masa akan datang.  

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 13 kali.


Kembali ke Atas