Berita

Majlis Pengurniaan Anugerah Kecemerlangan, Khatam Hafazzan Al-Quran dan Majlis Berbuka Puasa Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP)

peNA eJs

KUANTAN, 05 Jun 2018 - Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan bertitah sempena Majlis Pengurniaan Anugerah Kecemerlangan, Khatam Hafazan al Quran dan Majlis Berbuka Puasa Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP).

Titah ucapan Tengku Abdullah dibacakan Menteri Besar, YAB Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail.

Dalam titah ucapannya, baginda mahu penekanan agama diberikan dalam menghadapi krisis nilai dan keruntuhan akhlak masa kini. Penekanan pendidikan agama adalah sangat perlu supaya membawa kesan lebih besar kepada pembangunan modal insan.

Dengan penambahan bilangan penghafaz al-Quran dan kecenderungan ibu bapa yang berminat menghantar anak-anak mengikuti kelas tahfiz adalah merupakan satu petanda baik dsn berharap agar perkara ini akan terus berpanjangan.

Tengku Abdullah turut menzahirkan penghargaan terhadap kerajaan negeri dan Yayasan Pahang yang memberi bantuan berterusan kepada MTNP bermula daripada pembangunan infrastruktur sehingga membolehkannya mengecapi pelagai kejayaan di peringkat negeri mahu pun antarabangsa.

MTNP berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai sekolah terbaik negeri Pahang lima ( 5 ) tahun berturut-turut. MTNP bukan sahaja melahirkan golongan hafiz yang hanya menguasai Hablu Minallah dan Hablu Minannas, bahkan mahir dalam pelbagai bidang. 

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 37 kali.


Kembali ke Atas