Berita

Bengkel SISPAA PDT Kuantan

peNA eJs

 

Perkongsian pada kali ini memberi peluang kepada peserta agar dapat memahirkan diri dengan carta alir kerja kepada sesuatu penerimaan aduan yang diterima. Sistem Pengaduan Aduan Awam (SISPAA) menjadi medium bagi penyaluran aduan dalam talian untuk menguruskan maklum balas seperti aduan, penghargaan, pertanyaan serta cadangan daripada orang awam berkenaan perkhidmatan disediakan di Pentadbiran Tanah dan Daerah Kuantan.

  

Secara tidak langsung, SISPAA menjadi medan bagi pengukuran hasil kerja jabatan dalam menangani aduan pengguna kepada jabatan. Ini bukan sahaja dapat memberi peluang untuk kakitangan memahirkan diri menggunakan aplikasi sistem yang telah dibangunkan ini, malah turut dapat memberi pandangan, bertukar fikiran serta berkongsi pengalaman berharga daripada Pengarah Biro Pengaduan Awam Negeri Pahang, En Mohd Fadzlee b Mohd Yasin.   

 

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 7 kali.


Kembali ke Atas