Berita

Bengkel Teknik Pengurusan Rekod - Klasifikasi Fail Am PDT Kuantan

peNA eJs

Bengkel dijalankan secara berkumpulan dan mendapat pantauan dan perhatian dari pegawai arkib yang hadir. Masih kekal dengan mengamalkan SOP bagi menyekat penularan COVID-19, ia bukanlah suatu masalah besar. Pematuhan kepada SOP masi diambil berat dengan penyediaan pelitup muka dan cecair pencuci tangan. 

Pada akhir bengkel ini, pegawai dan kakitangan telah berjaya menyediakan perancangan dan pelaksanaan sistem pengurusan fail yang lebih sistematik dan teratur. Secara tidak langsung ianya dapat membantu dalam pematuhan kepada Sistem Penarafan Bintang (SSR) pada masa akan datang. 

Jasa, kerjasama dan perkongsian ilmu yang telah diberikan oleh pegawai Arkib Negara Malaysia Cawangan Pahang ini akan dijadikan panduan dalam pengurusan fail jabatan ke arah yang lebih baik dan menepati ciri-ciri pengurusan fail dan rekod yang terbaik.  

 

Perkongsian lain di https://www.facebook.com/kelab...

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 19 kali.


Kembali ke Atas