Berita

Usahawan Cili Besar Sg Panching Selatan, Kuantan

peNA eJs

   

Datuk Seri Haji Ahmad Bin Hamzah turut diberi penerangan ringkas tentang Projek Anak Muda Paya Besar yang disampaikan oleh En Zaim b Ahmad, usahawan dari Syarikat Agro Maju Selatan. Turut hadir pada program tersebut adalah YB Tuan Mohd Sahar b Abdullah, YB Dato’ Sohaimi b Mohamed Shah, Ketua Pengarah Pertanian, En Mohd Nasir b Waris, Pengarah Pertanian Negeri Pahang, En Mohd Nazri b Abu Seman serta Penghulu Mukim Kuala Kuantan 2.  

Ahli rombongan seterusnya dibawa melawat ke projek tanaman cili besar dan turut diiringi oleh Pengerusi JKKK Kg Felda Sungai Panching Selatan, En Kharif b Mohamad.

 

Warga Felda Sg Panching Selatan seharusnya berbangga dengan usaha gigih Syarikat Agro Maju Selatan ini yang bukan sahaja menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat malah turut sama dapat menjual hasil tanaman kepada penduduk di sekitar sebelum dipasarkan ke luar dari Pahang kerana ianya mempunyai pasaran yang tinggi. Usaha sebegini patut dijadikan contoh kepada golongan muda untuk dijadikan sebagai salah satu sumber pendapatan yang lumayan dan dengan keyakian yang tinggi, pasti apa yang diusahakan bakal membuahkan hasil yang lumayan.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 42 kali.


Kembali ke Atas