Berita

Majlis Berbuka Puasa Bersama-sama Rakyat Dan Pengurniaan Sumbangan

peNA eJs

KUANTAN. 24 Mei 2018 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah bersama kira-kira 800 orang tetamu pada Majlis Berbuka Puasa Bersama-sama Rakyat di Masjid Kampung Chendor dekat sini.

Mengiring baginda sepanjang program, Yang Amat Berhormat Menteri Besar (YAB MB) Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Haji Ishak Muhammad serta Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan, YB Abdul Rahim Muda.

Program tersebut turut menyaksikan kehadiran bersama Ahli Parlimen Pakatan Harapan, YB Dato’ Saifulddin Abdullah bersama isteri dan Ahli Dewan Undangan Negeri Beserah (PAS), YB Andasura Rabu.

Tengku Mahkota berkenan bertitah dengan harapan kepada semua penerima kurniaan sumbangan supaya bersyukur di atas pemberian anugerah Allah seterusnya menyeru dan mengajak rakyat mempertingkatkan ibadah dengan melaksanakan menunaikan solat fardu berjemaah disamping melaksanakan ibadah sunat selain merapatkan saf dan mengenepikan fahaman politik.

Pada program tersebut, seramai 190 orang asnaf menerima kurniaan sumbangan peribadi baginda dan sumbangan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). Penerima merupakan golongan fakir miskin, ibu tunggal, anak yatim dan orang kurang upaya dari Kampung Chendor dan kampung sekitar yang menerima wang tunai dan kuih muih raya.

Tidak dilupakan juga, baginda turut mengurniakan duit raya kepada lebih 150 kanak-kanak yang hadir.

Baginda berkenan menyempurnakan titah diraja di hadapan kenamaan lain yang hadir sama pada program tersebut iaitu antara lain, YB Setiausaha Kerajaan negeri, Dato’ Sri Muhammad Safian Ismail, Timbalan Yang DiPertua MUIP, YDH Dato’ Sri Haji Wan Abdul Wahid Wan Hassan, Sahibus Samahah Mufti Pahang, Dato’ Sri Dr Haji Abdul Rahman Haji Osman, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, Dato’ Haji Mohamad Noor Abdul Rani, YAA Hakim Mahkamah Syarie Pahang, Dato’ Sri Haji Abdul Rahman Md. Yunos, Pegawai Daerah Kuantan, YH Dato’ Zaliza Zulkipli dan Ketua Polis Pahang, YDH Dato’ Sri Rosli Abd Rahman.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 34 kali.


Kembali ke Atas