Berita

CGSO - Warga PDT Kuantan Digesa Cakna Soal Keselamatan Perlindungan

peNA eJs


Bersesuaian dengan fungsi utama jabatan bagi menyedia dan mengeluarkan peraturan keselamatan perlindungan serta khidmat nasihat keselamatan perlindungan, kupasan utama tentang faktor utama keselamatan di jabatan menjadi isu yang telah diketengahkan. Taklimat ringkas berkaitan isu keselamatan yang perlu jabatan patuhi menarik banyak persoalan dari kalangan kakitangan PDT Kuantan yang hadir pada sesi taklimat.

Menyentuh pelbagai isu dan aspek keselamatan, ternyata dapat disimpulkan bahawa lebih banyak aktiviti dan program selepas ini perlu diberi perhatian dalam soal keselamatan dan tadbir urus yang lebih cekap dan mengutamakan faktor keselamatan bukan sahaja secara fizikal. Taklimat ringkas yang disampaikan adalah berkisar mengenai tata cara keselamatan, amalan di jabatan dan penambahbaikan tadbir urus keselamatan di jabatan. Perlu diambil iktibar tentang beberapa isu dan contoh yang dikongsi bersama mengenai kes salah laku serta kecuaian agar dapat dijadikan panduan.

Sesi yang berhenti rehat bagi memberi laluan kakitangan menunaikan solat jumaat, telah disambung dengan aktiviti lawatan ke ruang kerja kakitangan yang telah menjadi rutin seharian dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan. Tidak ketinggalan, sesi lawatan turut disertai peserta taklimat telah bersama-sama meninjau dan berkongsi tata cara serta skop kerja harian kakitangan.

Mulai ditinjau bersama peserta taklimat adalah ke ruang kerja pengurusan fail di Bilik Pegawai Daerah Kuantan. Dengan mendapat kerjasama sepenuhnya dari Pegawai Khas Pegawai Daerah, sedikit teguran dan penambahbaikan perlu diambil perhatian agar faktor keselamatan tidak lagi diambil mudah oleh semua pihak yang terlibat.

Pengurusan fail utama jabatan perlu ditambahbaik dengan mengambil kira faktor keselamatan bagi memastikan urusan keluar masuk surat menyurat juga perlukan perhatian agar terjamin maklumat. Penilaian secara rawak merumuskan pengurusan fail serta penghantaran kertas kerja juga perlu diberi perhatian terutama yang melibatkan status RAHSIA dan SULIT.

Tinjauan di bilik kebal juga mendapat perhatian semua peserta. Teguran dan cadangan penambahbaikan yang diberi boleh dijadikan panduan berguna agar terjamin faktor keselamatan segala rekod dan fail yang tersimpan.

Pentadbiran ini telah mengambil maklum segala teguran dan cadangan penambahbaikan secara menyeluruh agar tiada lagi teguran diterima sewaktu sesi pengauditan pada masa akan datang. Perlu diambil perhatian agar segala info dan maklumat yang diklasifikasikan penting diberi penekanan tentang soal keselamatan dan wajar diberi perlindungan sebaiknya demi menjaga maklumat agar terhad bagi pengetahuan jabatan sahaja. Ini sekali gus membuktikan info dan maklumat pada semua peringkat adalah penting diberi keutamaan tentang soal keselamatan.   

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 27 kali.


Kembali ke Atas