Berita

COVID 19 - Info On Wheels Di Bukit Goh, Kuantan

peNA eJs

Bagi memastikan pematuhan kepada arahan PKP, kerjasama dari semua pihak adalah perlu digembleng bersama-sama termasuk pihak polis serta anggota keselamatan yang lain. Jika polis bertindak untuk mengadakan sekatan jalan raya, Jabatan Penerangan Negeri Pahang juga memainkan peranannya.  

Akitiviti hebahan Info On Wheels (IOW) Japen Pahang di Felda Bukit Goh bersama Pengarah Penerangan Negeri Pahang, Encik Mohd Salmun Mustafa membuktikan sikap tanggungjawab yang diambil barisan hadapan (frontliner) bukan sahaja tertumpu di bandar dan taman perumahan tetapi turut membabitkan kawasan luar bandar, FELDA, lorong tikus dan sempadan negeri.

Pada masa masyarakat dimohon untuk #dudukdirumah ini, anggota barisan hadapan terus tegar menabur bakti bagi menyekat penularan wabak COVID 19 ini. Bagi memastikan barisan hadapan kita terus dapat berkhidmat di tahap terbaik kerjasama dari masyarakat adalah sangat diperlukan.

 

IOW yang merupakan antara alternatif kerajaan juga amat penting kerana sekiranya pahlawan dan benteng utama kita ini lumpuh dan runtuh, pasti akan membawa malapetaka yang lebih besar dan sukar dijangka kesannya pada negara.

Mesej penting yang diwar-warkan melalui IOW diharap akan dapat memberi kefahaman dan kesedaran akan pentingnya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan ini.

 ;

Sekalung tahniah dan penghargaan kepada warga pasukan IOW seluruh negeri Pahang dan seluruh warga kerja Japen atas segala usaha dan komitmen yang diberikan bagi menyampaikan maklumat kepada masyarakat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dan Covid-19 ini.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 23 kali.


Kembali ke Atas