Berita

COVID 19 : Pemandu Teksi Mendapat Perhatian YAB MB

peNA eJs

Dengan menerima sumbangan khas tunai sebanyak RM150 serta barang keperluan asas bernilai RM50, sejumlah 271 pemandu teksi di sekitar Kuantan berkumpul di hadapan Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Kuantan (MPK).

Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan bantuan ini dapat memberi sedikit kelegaan dan mengakhiri keresahan pemandu teksi ini yang kehilangan pelanggan sepanjang tempoh PKP ini berlangsung. Sekurang-kurangnya ianya dapat membantu mereka untuk terus menyara kehidupan sehingga penularan wabak COVID 19 ini terhenti.

 

Menariknya, menerusi kaedah pandu lalu ini, pemandu teksi yang menerima bantuan tidak perlu turun dari kenderaan untuk mengambil bantuan yang telah ditetapkan malah agihan bantuan kepada penerima diletakkan ke dalam kereta yang dibantu oleh pegawai dan kakitangan MPK.

Keperitan dan kepayahan hidup pemandu teksi turut dirasai kerana dalam tempoh PKP ini mereka secara langsung telah terputus sumber pendapatan. 

 

 

    

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 20 kali.


Kembali ke Atas