Berita

Daulat Tuanku

peNA eJs


Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja bagi tujuan memilih Yang di-Pertuan Agong baharu, berikutan peletakan jawatan oleh Sultan Kelantan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong XV pada 6 Januari lepas, akan diadakan pada 24 Januari ini di Istana Negara.

Sultan Pahang, Sultan Abdullah dan isteri, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tidak dapat menahan sebak ketika mengajak rakyat mendoakan kesejahteraan ayahanda baginda, Sultan Ahmad Shah yang sedang gering dalam nada yang tersekat-sekat. Baginda seterusnya mengajak seluruh rakyat berdoa kepada Allah SWT memohon Sultan Ahmad Shah dilindungi dan dirahmati.

"Saya memohon agar sekalian rakyat jelata untuk menadah tangan ke hadrat Ilahi, memohon apalah sudi kiranya juga dilindungi dan dirahmati Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Mu'adzam Shah," titah baginda yang kelihatan turut menyekang air mata.

Maka adalah dengan ini dimasyhurkan bagi pengetahuan orang ramai bahawa Jumaah Pangkuan Negeri kali ke-110 yang bermesyuarat pada 11 Januari 2019 bersamaan 5 Jamadilawal 1440 Hijrah dan mengikut hukum syarak bersetuju memilih, melantik dan memasyhurkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Mahkota Tengku Abdullah Alhaj DK SSAP, SIMP, DK Terengganu, DK Johor, Pemangku Raja Pahang, Waris Ganti menjadi raja pemerintah yang menaiki takhta negeri Pahang dan segala jajahan takluknya bagi menggantikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah berkuat kuasa 11 Januari 2019 bersamaan 5 Jamadilawal 1440 Hijrah.”

“Maka yang demikian ketahuilah pada semua yang hadir seluruh rakyat Pahang dan semua orang supaya mengambil maklum dan menjunjung taat setia kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah,” katanya.

Antara tetamu kenamaan yang dilihat menghadiri istiadat itu selain Kerabat terdekat, ialah Ahli Majlis Jumaah Pangkuan Diraja termasuk bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Orang Kaya Indera Syahbandar, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ahmad, Menteri-Menteri Kabinet dan barisan exco negeri.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 34 kali.


Kembali ke Atas