Berita

Majlis Penyerahan Bantuan Wang Ihsan Mangsa Banjir Disember 2018 Daerah Kuantan

peNA eJs

Rata-rata penerima merasa amat bertuah kerana musibah yang menimpa keluarga telah mendapat perhatian banyak pihak dan penerimaan bantuan wang ihsan ini dapat sedikit meringankan beban sementelah lagi sambutan Aidilfitri yang bakal tiba.

Kesemua keluarga adalah pemastautin di Mukim Kuala Kuantan I dan II, Sungai Karang serta Beserah. Bantuan wang ihsan yang diterima adalah sebagai tanda keprihatinan dan rasa tanggungjawab kerajaan membantu meringankan beban dihadapi mangsa bencana.

Mangsa banjir ini adalah ratusan penduduk yang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan banjir SK Cherating, SK Sungai Ular, SK Kempadang, Balok, SK Sungai Isap Murni, SK Sungai Karang serta SK Beserah. 

Majlis diuruselia oleh Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Kuantan di bawah pimpinan KAPT. (PA) Muhammad Ikram b Harun berakhir pada jam 10 pagi. 

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 10 kali.


Kembali ke Atas