Berita

Pelupusan Kertas Undi dan Dokumen PRU Ke-14

peNA eJs

Kesemua dokumen-dokumen ini disimpan di dalam Peti-Peti Khas dan mengikut tatacara proses pelupusan dokumen pilihan raya iaitu hendaklah dimusnahkan selepas 21 hari dari tarikh keputusan pilihan raya diwartakan sekiranya tiada apa-apa petisyen pilihan raya diterima. 

Dalam proses pilihan raya, satu aspek penting ialah penyimpanan kertas-kertas undi dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan. Dokumen-dokumen ini mestilah disimpan di dalam peti atau peti-peti khas dan dikunci dengan disaksikan oleh ejen-ejen calon. Peti-peti khas ini akan disimpan selama enam bulan di bawah pengawasan Pegawai Pengurus.

Pengarah Pilihan Raya Negeri akan menyimpan daftar pemilih yang telah ditandakan dan juga counter foils kertas undi. Ini adalah bagi menjamin kerahsiaan undi. Peti-peti itu hanya boleh dibuka atas arahan Hakim Mahkamah Tinggi jika ada kes-kes petisyen.

Kerja-kerja pelupusan tersebut dijalankan melalui kaedah pembakaran terbuka di dalam sebuah lubang yang digali khas bertempat di Pejabat Penghuu Mukim Kuaa Kuantan 1 yang disaksikan oleh wakil Parti Islam Semalaysia Kuantan, Tuan Haji Mohamad Azhar b Mohd Nor, wakil Ketua Polis Daerah Kuantan serta barisan pegawai Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan.

Selepas tempoh enam bulan, Pegawai Pengurus (selepas mendapat kebenaran dari SPR) akan melupuskan kertas-kertas undi dan dokumen-dokumen berkenan. Pengawai Pengurus kemudiannya akan mengemukan sijil pelupusan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri.

Kerja-kerja pelupusan tersebut dijalankan melalui kaedah pembakaran terbuka di dalam sebuah lubang yang digali khas bertempat di Pejabat Penghuu Mukim Kuala Kuantan 1 yang disaksikan oleh wakil Parti Islam Semalaysia Kuantan, Tuan Haji Mohamad Azhar b Mohd Nor, wakil Ketua Polis Daerah Kuantan, T/KPS Kuantan, SI Zulkipli b Mohammad Salleh serta barisan pegawai Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan.   

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 38 kali.


Kembali ke Atas