Berita

Exit-Conference : Pra-Penilaian Penarafan Bintang Pentadbiran Tanah

peNA eJs


Objektif pelaksanaan Indeks Penarafan Bintang (Indeks SSR) adalah seperti berikut:

i. Menilai dan mengukur prestasi agensi Sektor Awam berfokuskan keberhasilan, berorientasikan pelanggan dan berlandaskan aspirasi stakeholders;

ii. Memperkasakan elemen transformasi dan inovasi sebagai budaya kecemerlangan agensi; dan

iii. Memberi pengiktirafan secara formal kepada agensi-agensi cemerlang berdasarkan penilaian Indeks SSR.

Bagi menterjemahkan usaha modenisasi Perkhidmatan Awam ini, kerajaan telah memperkenalkan beberapa langkah bagi mengukur keberkesanan dan kualiti sistem perkhidmatan yang disampaikan. Antaranya ialah Sistem Star Rating (SSR), pelaksanaan standard MS ISO dan Anugerah Kualiti Sektor Awam. Sistem Star Rating (SSR) merupakan salah satu mekanisme pengukuran prestasi budaya kecemerlangan dalam Perkhidmatan Awam. SSR telah menetapkan kriteria-kriteria tertentu yang merangkumi agensi secara menyeluruh bagi mencapai tahap piawaian yang tinggi. Melalui SSR, setiap kelemahan akan dapat dikesan dan dikaji penambahbaikannya.

Berlangsung aktiviti pra penilaian penarafan bintang di Pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan pada 04 – 06 Julai 2018 yang lalu telah memberi peluang dan ruang kepada sebahagian kakitangan yang terlibat untuk bersama alami pengalaman dalam memastikan segala perkhidmatan yang disediakan mencapai tahap yang memuaskan. 

Jutaan terima kasih kepada penyelaras serta auditor yang terlibat dalam membawa penjawat awam PDT Kuantan bertindak dengan lebih agresif dan pantas. Secara tidak langsung ianya dapat menjadikan penjawat awam sentiasa berpandangan jauh, terbuka, kreatif, inovatif dan sentiasa cuba membawa perubahan bagi meningkatkan lagi kualiti sistem penyampaian perkhidmatan yang diberikan. 

Kepada barisan panel penilai Pra Penilaian Penarafan Bintang Pentadbiran Tanah pada kali ini yang diketuai oleh En Saiful Hazwa bin Kipli diberikan penghargaan terima kasih atas pengalaman ini. Jua terima kasih kepada En Mohd Hafizal b Sharif, En Muhammad Shafiq b Othman, En Shahruddib b Ishak serta En Muhamad Fazil b Mohd Mazlan. 

Kepada penyelaras program, Pn Azilah bt Madulan @ Alias dan En Muhammad Zahiruddin b Mohd Zahari, penghargaan yang tidak terhingga perlu diberikan atas kerjasama dan dapat menyelaras program dengan begitu baik sekali. 


 

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 64 kali.


Kembali ke Atas