Berita

Ancaman Kebakaran, Kakitangan PDT Kuantan Diberi Pendedahan Awal

peNA eJs

Aktiviti bermula dengan penyampaian taklimat di Bilik Perbincangan Unit Hasil, PDT Kuantan kepada anggota Pasukan Keselamatan Kebakaran (ERT). Taklimat berkisar kepada segala hal-hal berkaitan dengan kebakaran dan langkah pencegahannya. Secara tidak langsung, ERT diberi gambaran jelas tentang kategori kebakaran dan kejadian api, punca-punca kebakaran, pencegahan kebakaran dan tatacara pengungsian bangunan atau kawasan kebakaran. 

Aktiviti mengosongkan bangunan dan menuju ke tempat yang selamat semasa berlakunya kecemasan atau kebakaran atau lebih dikenali sebagai pengungsian ini mendapat pendedahan utama kepada semua anggota ERT.  

Usai taklimat, ERT kemudiannya diberi peluang menyaksikan demonstrasi latihan memadamkan api menggunakan alat pemadam api. Bukan itu sahaja, malah ERT juga turut didedahkan dengan teknik memadam kebakaran yang betul. Dengan menggunakan alat pemadam api yang turut dipantau pasukan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang, ahli pasukan ERT turut mencuba sendiri memadam api dengan menggunakan teknik yang betul dan selamat. 

Secara tidak langsung, latihan diadakan untuk menguji kecekapan semua pihak yang terlibat ketika menghadapi detik cemas sebegini. Perasaan takut dan panik dapat diatasi demi menjamin kselamatan semua pihak yang terbabit. 

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih wajar diberikan kepada barisan pegawai Bomba dan Penyelamat yang terlibat dan ianya telah memberikan pengalaman baharu yang cukup bermakna buat ERT khususnya. 

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 17 kali.


Kembali ke Atas