Berita

Hari Pertama Pembukaan Kaunter PDT Kuantan

peNA eJs

Pelanggan yang hadir tidak perlu diingatkan tentang SOP yang perlu dipatuhi kerana tinjauan mendapati pelanggan yang hadir telah sedia maklum tentang SOP yang telah ditetapkan. Rata-rata pelanggan adalah terdiri dari pelanggan yang hadir untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

 

Walaupun Malaysia secara amnya sudah mencapai banyak perkembangan positif dalam usaha memerangi wabak COVID-19, usaha itu belum berjaya sepenuhnya. Oleh yang demikian, langkah-langkah masih perlu diambil untuk memerangi wabak ini. Rata-rata rakyat sememangnya mahu kerajaan terus mengambil langkah yang wajar untuk memerangi wabak ini sehingga benar-benar pulih sepenuhnya. ;

 

Memandangkan Unit Hasil, Unit Pendaftaran dan Unit Pembangunan Tanah telah memulakan operasi, pelanggan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat semasa pengoperasiannya dalam tempoh PKPB ini. Antara langkah kawalan yang diambil adalah mencatatkan maklumat pelanggan yang hadir, mengambil bacaan suhu badan, penggunaan cecair pembasmi kuman serta melaksanakan sanitasi peralatan kaunter dari semasa ke semasa. 

  

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 25 kali.


Kembali ke Atas