Berita

Taklimat Pra Penarafan Bintang (SSR) Pentadbiran Tanah Tahun 2018

peNA eJs

Pra-Penilaian Sistem Penarafan Bintang (SSR) bagi Pentadbiran Tanah akan dijalankan pada 04 hingga 06 Julai 2018 di Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan. Antara objektif taklimat pra penarafan bintang ini adalah sebagai persediaan bagi menghadapi sesi penilaian penarafan bintang akan datang. 

Pra taklimat SSR telah disampaikan oleh Encik Shaharani bin Abdul Ghani dan Encik Roszaimi bin Abd Ghani

Seperti yang telah sedia maklum, sesi penarafan bintang ini adalah untuk menilai dan mengukur prestasi Pentadbiran Tanah berada pada tahap yang cemerlang.

Indeks Penarafan Bintang (Indeks SSR) merupakan salah satu mekanisme untuk menilai dan mengukur prestasi agensi Sektor Awam berdasarkan keputusan yang diperoleh dalam Mesyuarat Panel Merakyatkan Perkhidmatan Awam (MPA) dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara pada 10 Julai 2015.

Disarankan oleh Y.A.B. Perdana Menteri pada 2 Februari 2005 di Mesyuarat Jemaah Menteri dan pada 1 Disember 2006 di Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan (JKKMKPK) supaya Penarafan Bintang dilaksanakan.

                                            

Pada 8 Februari 2007, Mesyuarat Panel Memajukan Pentadbiran Awam (PANEL) memutuskan supaya Penarafan Bintang dilaksanakan bagi menggredkan tahap prestasi kecemerlangan agensi-agensi Kerajaan ke arah meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 53 kali.


Kembali ke Atas