Berita

Kemuncak Hari Keluarga PETANDA 2019

peNA eJs



Pelbagai juadah menanti peserta. Tidak tersenarai menu yang ada namun ianya sudah cukup memenuhi selera peserta. Hiburan malam kemuncak ini diselangi dengan persembahan oleh ahli kumpulan.

Cabutan bertuah yang disediakan juga menjadi faktor utama majlis selesai sehingga akhir dengan dapat mengekalkan ahli kelab. Tidak disangka pihak hotel telah menyediakan hadiah istimewa 3 hari 2 malam bagi peserta yang paling bertuah.

Bertindak sebagai pengacara majlis pada malam itu, En Shahril begitu komited dalam melaksanakan tugasnya sepanjang majlis dan berjaya membawa peserta untuk tertunggu-tunggu acara yang dirancang sepanjang malam tersebut. 

Perjalanan majlis diakhiri dengan persembahan nyanyian oleh pemenang karaoke talent dan majlis selesai dengan meninggalkan kenangan dan memori manis selama berada di Kuala Terengganu. Pastinya ada di kalangan ahli kelab yang bakal bertandang semula ke Negeri Terengganu Darul Iman kerana terdapat banyak lagi tempat menarik yang harus dikunjungi serta perlu diterokai bersama ahli keluarga. 

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 24 kali.


Kembali ke Atas