Berita

Bengkel HRMIS Sesi 01

peNA eJs

Bengkel ini diharap dapat memberi peluang setara untuk semua pengguna dan warga PDT Kuantan untuk capai sasaran penyelesaian Laporan Penilaian Prestasi Tahunan sebelum akhir November 2019 ini. Secara tidak langsung pengguna di Unit masing-masing yang tiada kemudahan komputer boleh terus mengemaskini SKT dan LNPT mereka secara terus. 

Selain itu, pengguna juga boleh terus mendapat bimbingan dari warga Bahagian Khidmat Pengurusan sehingga selesai aliran kerja LNPT masing-masing. Rujukan tentang kehadiran kursus sepanjang tahun juga boleh dirujuk secara terus. 

Dapat disimpulkan di sini bahawa bengkel seumpamanya ini dapat memberi ruang dan peluang kepada pengguna untuk menyelesaikan SKT dan LNPT dengan mendapat bantuan sokongan teknikal serta rujukan secara terus. Semoga sesi sebegini dapat diteruskan lagi agar tiada lagi pengguna yang gagal menyelesaikan pengisian SKT dan LNPT masing-masing. 

Sesi pada hari ini telah mengumpulkan kakitangan dari Bahagian Pembangunan Daerah. 

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 14 kali.


Kembali ke Atas