Berita

HSN Disambut Meriah

peNA eJs


Program ini merupakan program tahunan, serentak dilaksanakan di seluruh Malaysia sempena Program Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan 2018 yang telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Bandar Sukan Kuala Lumpur. 

Sambutan HSN ini merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan dan satu langkah pro aktif proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation).

HSN dijadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020. Secara am, sambutan Hari Sukan Negara diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan Sambutan HSN tersebut yang diraikan secara serentak di seluruh tanah air melalui penglibatan sektor awam, swasta dan rakyat keseluruhannya. Semua warga yang terlibat berganding bahu menganjur dan menyertai program dan aktiviti sukan dan kecergasan pada hari berkenaan. 

Kompleks Belia dn Sukan Pahang menjadi menjadi tumpuan warga Kuantan dan sekitarnya bagi memulakan sambutan HSN dengan acara Big Walk bersama YAB MB Pahang walau dalam keadaan hujan renyai. Acara sukan lain yang turut menjadi tumpuan adalah bola jaring, futsal, senamrobik, menunggang kuda, bola tampar dan banyak lagi. 

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang, Encik Shamsuhaime bin Basir turut menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi setiap acara yang dipertandingkan di sini. 

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 34 kali.


Kembali ke Atas