Berita

Kemeriahan Sambutan Hari Kemerdekaan

peNA eJs

Baginda diiringi Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli berangkat menyaksikan perbarisan serta perarakan itu kira-kira jam 9 pagi disambut Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bersama barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Seawal jam 7 pagi, orang awam dilihat mula membanjiri lokasi perbarisan bagi menantikan perarakan 86 kontinjen daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan serta badan korporat.

Tengku Abdullah kemudian berkenan memeriksa kawalan kehormat utama dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebelum menyaksikan acara perbarisan dengan kekuatan 4,313 peserta. Sebanyak 68 kontinjen berjalan kaki dan 18 kontinjen berkenderaan menyertai perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2018 kali ini.

Sebanyak 12 jalan utama di daerah ini akan ditutup sementara bagi sambutan kemerdekaan bermula jam 630 pagi hingga 1230 tengah hari termasuk Jalan Mahkota, Jalan Bukit Ubi, Jalan Masjid, Jalan Tanjung Lumpur, Jalan Besar, Jalan Teluk Sisek, Jalan Merdeka dan Jalan Aman. Ini bagi membolehkan perarakan lintas hormat daripada 86 kontinjen .


Acara dimulakan dengan perarakan masuk kontinjen dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berarak masuk selain mempamerkan aset masing-masing.

Aset artileri seperti kereta perisai, peluru berpandu dan kereta kebal antara mencuri perhatian penonton selain persembahan yang dipamerkan anggota ATM dengan persembahan teknik tempur tanpa senjata.

Majlis kemudian diteruskan dengan perarakan masuk perbarisan dari jabatan kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan barisan atlet Pahang pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2018.

Sambutan berkenaan disaksikan lebih daripada 15,000 rakyat di negeri ini yang bersama memeriahkan majlis sambutan Hari Kemerdekaan di peringkat negeri ini pada tahun 2018 yang membawa tema Sayangi Malaysiaku.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 39 kali.


Kembali ke Atas