Berita

IOW Ke Sungai Lembing

peNA eJs

Mewakili ‘doktor’ COVID-19 dan denggi, Saudara Khairul memberi gambaran ringkas pencegahan jangitan virus COVID-19 serta wabak denggi yang merisaukan warga Kuantan amnya. Sesi soal jawab juga mendapat sambutan yang menggalakkan dari peserta.


Seperti yang diketahui umum, Info On Wheels adalah inisiatif Jabatan Penerangan Malaysia dalam mempelbagaikan kaedah penyampaian maklumat melalui hebahan unit bergerak. Menjadikannya sebagai medium perantara dalam memberi penerangan berhubung isu nasional dan semasa kepada semua lapisan masyarakat. Secara tidak langsung ianya adalah sebagai salah satu langkah yang diambil bagi mengekang penyebaran berita palsu yang begitu cepat tersebar di hujung jari tanpa sempadan.

  

Turut bersama program di Sg Lembing adalah Pegawai Penerangan Daerah Kuantan, Puan Zayana Zahira bt Mohd Isa. Hebahan Cegah Denggi dan Amalan Norma Baharu ini akan diperluas dan diteruskan oleh Pejabat Penerangan Daerah Kuantan bagi meningkatkan kesedaran di kalangan penduduk Kuantan ke arah membasmi wabak denggi dan memutuskan rantaian jangkitan Covid-19. 

   

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 5 kali.


Kembali ke Atas