Berita

Jalinan Mesra PETANDA 2018

peNA eJs

KUANTAN, 20 Februari - Kelab PETANDA telah mengadakan program Jalinan Mesra PETANDA 2018 bertempat di PG6, Semambu Kuantan. Pelbagai acara telah dijalankan serenta di kompleks PG6 dengan melibatkan lebih kurang 100 orang ahli PETANDA. Aktiviti yang telah dijalankan adalah acara tenpin boling (individu), badminton (regu), congkak dan dart. 

Kemeriahan suasana turut dirasai semua pihak kerana program ini secara tidak langsung dapat merapatkan lagi silaturrahim di kalangan peserta. 

Peserta yang mengambil bahagian turut membawa bersama ahli keluarga untuk menjadikan aktiviti ini lebih harmoni dan meriah. Pelbagai aksi dan gaya yang telah ditunjukkan peserta PETANDA. Hubungan kekeluargaan secara tidak langsung dapat dipertingkatkan dengan penyertaan dalam aktiviti sebegini.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 68 kali.


Kembali ke Atas