Berita

Kakitangan PDT Kuantan Lafaz IBR Sokong Anti Rasuah

peNA eJs

Seramai lebih 150 pegawai dan kakitangan PDT Kuantan yang turut serta dalam program ini. Program tahunan ini terus mendapat sambutan dan telah menjadi program rasmi saban tahun.

Lafaz Ikrar Bebas Rasuah pegawai dan kakitangan PDT Kuantan yang disaksikan oleh Timbalan Pengarah (Operasi) SPRM Pahang, PKPj Teh Chong Earn dimulakan dengan taklimat ringkas berkisar integriti dan signifikasi IBR. Gambaran yang jelas disulami contoh kes-kes rasuah yang dilaporkan diharapkan menjadi pedoman dalam memastikan operasi kerja seharian di PDT Kuantan tidak melibatkan sebarang unsur pecah amanah dan rasuah.

Majlis juga turut menyaksikan barisan Ketua Penolong Pegawai Daerah, PDT Kuantan menandatangani IBR dimulai dengan Pegawai Daerah Kuantan. Simbolik penyerahan IBR kepada pihak SPRM menunjukkan kesungguhan pegawai dan kakitangan agar berpegang teguh kepada prinsip anti-rasuah agar dapat melaksanakan tugas dengan lebih berintegriti. 

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 42 kali.


Kembali ke Atas