Berita

KDYMM YDPA Rai Anak Yatim Di Kuantan

peNA eJs


Perasaan teruja dan gementar pasti mengiringi penghuni Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajjah Kalsom dan Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah yang terpiih untuk bersama Yayasan CIMB yang terlibat secara langsung dalam menjayakan program ini.   

Sultan Abdullah yang berkenan mencemar duli menemani kanak-kanak tersebut bagi membeli kelengkapan raya, meluangkan masa selama sejam untuk menyantuni dan bertanya khabar kanak-kanak itu. Jelas terpancar pada wajah kanak-kanak yang berusia 4 hingga 11 tahun ini apabila dengan peruntukan yang ada tersebut, kanak-kanak diberi kesempatan untuk memilih mainan kesukaan mereka. 

Sultan Abdullah yang memandu sendiri kereta ke pasar raya itu, ditemani anakanda baginda iaitu Tengku Amir Nasser, Tengku Puteri Iman Afzan, Puteri Ilisha Ameera dan Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah.

Turut mengiringi, YAB Menteri Besar serta barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan serta Ketua-ketua Jabatan di Kuantan. Hadir bersama adalah Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz dan isteri Datin Seri Johanna Raja Arshad dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan CIMB Datuk Hamidah Naziadin.

Program Membeli-Belah Hari Raya oleh Yayasan CIMB ini telah pun bermula sejak tahun 2013. Manfaat ini telah diterima lebih daripada 2,000 kanak-kanak dari 30 rumah perlindungan dan rumah anak yatim dari seluruh negara.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 29 kali.


Kembali ke Atas