Berita

Kembali Kepada Rutin Dalam Tempoh PKPB

peNA eJs

Tinjauan pada hari pertama pembukaan operasi kaunter di Unit Hasil dan Unit Pendaftaran PDT Kuantan kekal sibuk dengan kedatangan pelanggan yang mengambil kesempatan sempena cuti perayaan ini. Kehadiran warga Kuantan khususnya, hadir ke premis PDT Kuantan dengan terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Normal baharu yang menjadi amalan ini tidak kira bagi pihak penyedia perkhidmatan mahu pun pelanggan dilihat begitu diambil peduli oleh semua pihak. Ini menjadi petanda yang baik dan menunjukkan orang ramai mula memahami normal baharu yang perlu dipatuhi. 

  

 

Di kalangan petugas, masing-masing akur dengan penjarakan sosial, pemakaian topeng muka dan pembersihan diri serta semua prosedur operasi standard yang ditetapkan kerajaan.

  

 

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 18 kali.


Kembali ke Atas